Tuesday, 22 May 2012

SAHABAT



Apa itu persahabatan? Disini Saya nak kongsikan satu ayat mengenai persahabatan.



Persahabatan,

lebih sukar dari AddMath,

lebih rumit dari Fizik,

lebih susah dari Biologi,

lebih payah dari LK,

TAPI,

persahabatan itu tak sebosan sejarah,

ia penuh dengan Chemistry.

Kerana persahabatan itu sistematik bagaikan


Prinsip Perakaunan.

DILEMA CINTA




Dilema Cinta?

Apabila terbina sesebuah hubungan cinta, kebiasaannya hubungan cinta tersebut adalah HANGAT.  Kehangatan yang saya maksudkan adalah dari segi KEKERAPAN;
1. Kekerapan untuk berhubung (call, sms, mms, email, online)
2. Kekerapan untuk berjumpa
3. Kekerapan untuk memahami antara satu sama lain
4. Kekerapan untuk saling memberi dan menerima
5. Kekerapan untuk melakukan aktiviti bersama
Itu adalah contoh untuk kehebatan cinta di awal perhubungan cinta. Saya yakin dan pasti anda sedar kekerapan tersebut ada di dalam perhubungan cinta anda.
Persoalannya adalah,
DILEMMA… Anda Tertanya- tanya… Anda mulai mempersoalkan pelbagai perkara yang melibatkan pasangan anda dan masa depan anda berdua. Anda mulai RISAU, terasaKEHANGATAN hubungan anda mulai sejuk. Antara beberapa perkara yang mungkin menjadi PERSOALAN dan KERISAUAN anda mungkin;
1. Pasangan anda didapati curang (wujud orang ke-3)
2. Pasangan anda mula mengharapkan sesuatu yang diLuar kemampuan anda.
3. Pasangan anda mula mengongkong atau menyekat “social lifes” anda.
4. Pasangan anda mula mengasingkan diri daripada anda.
5. Pasangan anda mula menunjukkan sifat- sifat yang kurang anda senangi.
Sekali lagi saya yakin dan pasti, PERSOALAN di atas pasti anda alami walaupun wujud ribuan persoalan yang lain…
Tarik nafas dan Rilekss… Usah terlampau risau.. Ini adalah cabaran anda di dalam proses mengenali perhubugan cinta. Kewujudan teman- teman anda disekeliling akan banyak membantu anda untuk mengatasi cabaran dilema cinta anda. 
Tips untuk mengatasi dilema cinta adalah seperti berikut;
Langkah 1 Kenal pasti KEKERAPAN yang melibatkan anda dan pasangan anda di awal perhubungan cinta anda.
Langkah 2 Kenal pasti PERSOALAN yang timbul di sepanjang hubungan anda dan pasangan anda yang menyebabkan anda mengalami dilema cinta.
Langkah 3 Atasi PERSOALAN ini dengan teknik yang betul, anda boleh merujuk posting sifu AF Hazwan yang lepas iaitu “3 Strategi Terbukti Untuk Hubungan Cinta yang Bahagia & Sihat”
Sentiasa terapkan prinsip “Jalan Pasti Ada Mesti Ada Cara” di dalam perhubungan cinta anda. Tiada perkara yang mustahil untuk diselesaikan di dunia ini. Jika anda inginkan perhubungan cinta yang lebih baik maka anda harus perihatin terhadap hubungan cinta anda SEKARANG!
Sentiasa ingat, “BREAK UP” adalah penyelesaian yang terakhir bagi Dilema Cinta.. 

PERASAAN WANITA


Adakah salah meluahkan rasa sayang apabila sememangnya sudah sayang?
Adakah salah menyimpan rasa sayang apabila sememangnya sudah sayang?
Jangan sekali-kali kita menjadi robot cinta. Persoalan dan bicara soal hati dan perasaan diukur dengan digital.
Wanita sebenarnya kompleks hatinya, dan akan mudah dipengaruhi oleh perasaan.
Bagi mereka yang tidak menaruh harapan kepada seorang lelaki itu, apabila diuji dengan persoalan berkaitan hati, sudah tidak nyenyak tidur, makan tidak kenyang, mandi tidak basah. Inikan pula yang sudah menaruh harapan.
Mengantuk disorongkan bantal.Tetapi bantal itu bukan bantal biasa, ia bantal fatamorgana.
Empuk bicaranya, hakikatnya sensara. Empuknya bisa mengusik hati si gadis, sengsaranya adalah penantian tidak pasti.
Anda! Jika minat dan menaruh harapan kepada si gadis, dan merasakan jalan pernikahan itu masih jauh dipandangan mata, jangan sekali-kali gatal meringankan mulut untuk meluahkan perasaan sayang itu.
Anda mahu pergi jauh, pergilah.
Jangan mengusik perasaan si gadis dengan luahan itu. Elok-elok si gadis dapat mengawal diri dengan sangkaan hanya bertepuk sebelah tangan, datang kita untuk bertepuk sama tetapi dalam nada yang tempang.
Kita sebagai lelaki mungkin tidak mengapa, masih mampu mengawal diri. Tetapi mereka?  Sedangkan hakikat sebenar jiwa lelaki dan wanita itu berbeza.
Anda mahu pergi dalam masa yang lama, pergilah.
Pulang, jika masih ada sisa sayang dan harapan itu, pergilah mencari kembali si gadis.
Dan jika si gadis pada saat itu sudah diijabkabulkan dengan jejaka lain, apa susah, cari saja yang lain! Jangan pula diganggu hingga buat si gadis memilih, dia sudah hak orang lain! Mahu jadi dayuskah?
Reda dengan ketentuan dan ketetapan Allah SWT itu lebih utama kerana menghadirkan kegelisahan hati pada si gadis itu dosa.
Jadi, bila perlu beritahu yang kita berkenan pada dia?
Apabila sudah berkenan, hadirnya rasa suka dan merasakan jalan untuk ke gerbang pernikahan itu semakin jelas.
Pada saat itu, silakanlah mengungkap rasa kasih dan sayang itu kepada ibu bapa si gadis.
Bertemulah dengan kedua orang tua si gadis. Mintalah izin dengan ibu bapa si gadis.
Cepat-cepatkanlah kepada shake hand dan lafazkan “Aku Terima Nikahnya“.
-Ustaz Hasrizal-
 “Kita kena ingat, cinta bukan pada ‘couple’. Cinta juga bukan pada ‘I love you’. Cinta tak terletak pada ‘I miss you’ dan cinta bukan pada ‘can I touch you?’ kerana itu semua cinta nafsu semata-mata.
Bicara cinta suci itu akan terucap saat lafaz ijabkabul dilafazkan. Ketika itulah tujuan cinta

BENARKAH CINTA ITU BUTA??


Orang sering berkata bahawa cinta itu buta. 
Kita jatuh cinta dengan seseorang tanpa mengira rupa atau asal usul. Seseorang tertarik kepada orang lain atas pelbagai sebab..Ia boleh jadi kerana wang,penampilan atau beberapa kualiti yang wujud. Keinginan untuk bersama dengan orang lain di situ dan dalam banyak kes, seseorang itu ingin untuk mengukuhkan ikatan dengan mengikat ikatan melalui perkahwinan.


Jatuh cinta biasanya berdasarkan emosi lebih daripada logik. Sering emosi yang tidak dirasionalkan.maksudnya hanya jatuh cinta kerana seseorang itu tertarik kepada orang lain.

Sejak zaman dahulu, orang telah jatuh cinta dan kebanyakannya jatuh cinta pada pandangan pertama.Seorang lelaki berjumpa dengan seorang wanita cantik dan ketika itu merasakan dia dah jatuh cinta dengan orang itu. Dia memutuskan untuk dijadikan isterinya..Terdapat banyak cerita-cerita rakyat yang berkisar keadaan sedemikian.Kadang-kadang dengan hanya bercakap dengan seseorang buat kali pertama, seseorang boleh jatuh cinta.Seringkali juga orang ramai tertanya-tanya mengapa seseorang telah jatuh cinta dengan orang tertentu kerana mereka melihat sesuatu "istimewa" pada orang itu. Tetapi cinta adalah emosi yang satu pengalaman individu oleh dirinya.Mengapa cinta buta?Cinta itu buta sebagai salah satu faktor yang biasanya seseorang itu saling menyukai tanpa mengira akan dia.Dalam erti kata lain, seseorang boleh jatuh cinta dengan orang asing juga.Cinta tidak berdasarkan perasaan rasional. kita hanya suka seseorang. Malah, cinta pada pandangan pertama sering dialami kerana seseorang boleh jatuh cinta selepasa berbual untuk pertama kali.Cinta pada paras rupa umpamanya,Walaupun tidak semua begitu, seseorang boleh jatuh cinta dengan orang itu disebabkan orang itu berkarisma, walaupun disebabkan fizikal juga.Seringkali juga seseorang itu boleh membenci seseorang itu apabila terlalu lama bercinta, tetapi ketika orang yang mula berbual dia boleh jatuh cinta. Dalam erti kata lain, cinta tidak mempunyai sempadan. Ia merangkumi semua jenis halangan.Walaupun seorang yang buta boleh jatuh cinta semata-mata dengan merasakan kehadiran seseorang, membayangkan cinta adalah buta.hanya  dia boleh merasainya.Cinta adalah emosi am bahawa kebanyakan orang mengalami pada masa tertentu atau jangka masa yang panjang.Seseorang boleh jatuh cinta atas pelbagai sebab, yang mungkin tidak boleh hadir dan sangat rasional kepada orang lain.



Monday, 21 May 2012

TANDA-TANDA LELAKI HIPOKRIT



Salam..kepada semua lelaki..mari kenali diri kamu ok ataupun seorang yang hipokrit dan bagi wanita jom menilai pasangan masing masing sebelum terlambat..hehehe,,,,nie tanda lelaki hipokrit tu..






1.Pentingkan Diri Sendiri ; tidak langsung mengendahkan situasi dan keadaan kamu
2. Mendesak ; ikut kehendak dan keinginan dirinya (termasuk perkara yang tidak masuk akal) tanpa mempedulikan perasaan kamu
3. Meminta-Minta ; menjadikan kamu sebagai lombong emasnya
4. Mengungkit ; seolah-olah dia sahaja yang banyak berkorban untuk cintamu
5. Iri Hati ; mencemburui kelebihanmu
6. Balasan ; tidak ikhlas selama dalam perhubungan kerana mengharap ganjaran
7. Putar Belit ; lembut gigi dari lidah, lain yang dikata lain yang dilaksana
8. Tidak Tepati Janji ; bukan sekadar janji, malah masa pun sering tidak ditepati
9. Berat Tulang ; pemalas, tidur siang, malam berseronok
10. Tidak Sanggup Susah ; bila senang kitalah segalanya, bila kita susah dia entaj ke mana…

tips  telah saya petik dari dr cinta sejati....


6 CARA MENGELAK DARI TERKENA SIHIR



Salam kepada semua pembaca yang mengikuti blog saya aka raibeck yang tak seberapa ini..Hari ini saya ingin berkongsi satu cerita berkaitan sihir yang terjadi kepada saya dan kawan-kawan semasa dekat asrama sekitar awal tahun 2008..pada suatu malam ketika saya dan kawan-kawan sedang study di dalam bilik tiba2 terdengar satu bunyi yang kuat di atas bumbung bilik seolah olah ada orang sedang bergusti di atas bumbung..saya dan kawan2 terus berlari keluar dari bilik untuk melihat apa yang berlaku..apabila keluar saya dan kawan2 amat terkejut kerana tiada apa2 pun yang ada dekat atas bumbung..masa tu saya,amir dan shahrol manakala seorang lagi kawan saya iaitu syafiq tidak keluar dari bilik..apabila kami masuk balik ke dalam blik tiba kami dapati syafiq telah pun terbaring di atas lantai seolah2 terkena histeria..saya dan kawan2 yang pada masa itu dalam keaadaan terkejut dan mengigil ketakutan terus mendapatkan ustaz untuk merawat syafiq..Alhamdulillah selepas mendapat rawatan syafiq mula sedar..selepas 2-3 hari dari tarikh kejadian barulah kami mendapat berita bahawa syafiq sebenarya di sihir oleh seseorang..hairan,kenapa masih ada lagi manusia yang sanggup melakukan perbuatan khurafat di akhir zaman ini..tak tahulah betapa kotornya hati..Nauzubillahiminzalik.Disini saya ingin berkongsi dengan pembaca mengenai 6 cara mengelak dari terkena sihir..

6 CARA UNTUK MENGELAK DARI TERKENA SIHIR
Dibawah ini dinyatakan cara-cara atau amalan yang boleh dilakukan untuk memagar diri anda dari perbuatan jahat tukang sihir atau pengamal ilmu hitam. Sihir mungkin tidak mengenal siapa anda. Ia boleh menyerang anda.. ketahuilah cara memagari diri anda dari sihir dan gangguan syaitan.

1. Makan Tamar 'Ajwah dan Tamar Madinah
Amalkan memakan tamar (kurma) 'ajwah dan jika boleh makan bersama tamar madinah. Sekiranya anda tidak boleh mendaptkan kedia-dua jenis tamar tersebut, makanlah apa-apa jenis tamar yang ada supaya menepati sabda Rasulullah s.a.w yang berbunyi:
"barang siapa yang memakan tujuh biji tamar'ajwah, dia tidak akan mendapat sebarang kemudaratan racun atau sihir yang terkena pada hari itu".
(Riwayat Al Bukhari)

2. Berwuduk Sebelum tidur
Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang mempunyai wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa

dikawal ketat oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah S.W.T kepada meraka. Sabda Rasulullah s.a.w : Ertinya:
"Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu, Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci terlebih dahulu sebelum tidur, melainkan anda bersamanya"
Malaikat tersebut tidak akan pernah terlali walaupun sedetik untuk mengucapkan doa:
"Ya Allah!Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia telah tidur dalam keadaan bersuci"
(Riwayat AT Tabraabiy Dengan Sanad Yang Baik)


3. Mengambil berat tentang solat berjemaah

Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang muslim bebas serta aman dari gangguan syaitan. bersikap sambil lewa terhadap solat berjamaah akan menyebabkan syaitan akan mengambil peluang untuk mendampingi mereka. Apabila selalu berdampingan, lama kelamaan ia akan berjaya merasuk, menyihir atau melakukan kejahatan lain.
Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a., Rasululllah saw telah bersabda: Ertinya:
"Mana-mana kampung mahupun kawasan hulu yang tidak mendirikan solat berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya akan didampingi oleh syaitan"
Oleh itu hendaklah dirikan solat berjemaah, sesungguhnya serigala akan memakan kambing-kambing yang menyendiri dari puaknya.
(Riwayat Abu Daud Dengan Sanad)

4. Mendirikan Solat Tahajjud untuk memagarkan diri dari Sihir.
Bangunlah mengerjakan solat malam dan janganlah mempermudah-mudahkannya. SIfat mempermudah-mudahkan bangun bersolat malam boleh memberi ruang kepada syaitan untuk menguasai diri seseorang itu. Apabila syaitan telah mampu menguasai diri seseorang, maka dirinya adalah tidak ubah seperti bumi yang ketandusan akabibat kesan tindak balas hasil perlakukan syaitan tersebut.

5. Membaca doa perlindungan apabila masuk didalam tandas.
Tandas adalah tempat ktor dan merupakan rumah bagi syaitan, Apabila Rasulullah S.A.W mahu memasuku tandas. Baginda akan membaca doa perlindungan dengan berkata: Ertinya:
"Dengan nama Allah. Ya ALlah! Sesungguhnya aku berlindung denganMu dari sebarang kekotoran dan gangguan syaitan"
(Riwayat Al Bukhari dan Muslim)
Maksudnya adalah berlindung dari gangguan syaitan-syaitan jantan dan betina

6. Memagar isteri selepas selesai akad nikah

Selepas majlis akad nikah, pada malam pengantin sebelum memulakan adab-adab berpengantin yang lain, hendaklah suami meletakkan tangan kenannya di atas ubun-ubun kepala isterinya sambil berdoa:
"Ya Allah, aku memohon kepadaMU kebaikan yang telah Engkau selubungi ke atasnya, dan aku berlindung dari keburukannya dan keburukan yeng telah Engkau selubungi ke atasnya. Ya Allah berkatilah isteriku ini atasku dan lindungi dirinya dari segala keburukan perbuatan orang-orang yang dengki dan perbuatan tukang sihir apabila dia telah melakukan sihir dan perbuatan orang-orang yang suka melakukan tipu daya:

LELAKI KACAK BUKAN IDAMAN WANITA



Antara Sebab Lelaki Kacak Bukan Idaman Wanita

Menjadi kebiasaan bagi lelaki untuk berasa dirinya Kacak bak David Beckham aka Macho seperti Aaron Aziz Tapi bukan semua lelaki kacak menjadi idaman wanita kerana kebanyakan wanita.Wanita lebih suka sekiranya teman hidup mereka tidak berlaku curang. Betul atau tidak, tepuk dada tanya hati anda yer. yehaaa!!
1.Lelaki Kacak Kuat Perasan
Lelaki kacak hidup dengan rasa syukur dengan apa yang dimiliki tetapi ada yang terasa dirinya sudah bagus sehinggakan lupa diri aka berlagak. ahaha. Saya bagi contoh ”Apabila berjalan terasa mata – mata memandang dan time itu juga bahu akan diangkat setegap mungkin kasi ummpp!” ahaha. Setakat angkat bahu, itu sememangnya terlebih normal tapi tiba – tiba ada dua tiga orang menegur ”bang, zip seluar terbuka lah” tapi dirinya terasa itu sekadar umpan mengurat, saya rasa sesiapa yang menegur pastinya mahu kasi pelempang 44kali. ahaha.”Lahai, kot yer pun terasa kacak, jangan lah biarkan burung berkeliaran tanpa berpagar”. heh!
2.Lelaki Kacak Memilih Bulu
Tang memilih bulu ini saya pasti anda kaum perempuan sangat setuju bukan? Zaman sekarang kaum wanita sangat hebat dalam memilih pasangan tetapi malangnya sedar ataupun tidak, lelaki kacak pastinya tidak lagi mendapat tempat pertama dihati wanita. Seperti sudah dilekatkan dengan gam gajah persepsi ”jauhkan diri dari lelaki kacak” semakin sebati dengan jiwa wanita sekarang kerana mereka sudah maklum ”golongan kacak hanya memilih wanita yang hot, kaya dan juga menjadi rebutan lelaki lain”.

3.Lelaki Kacak Ikon Kasanova
Kasanova aka ramai sparepart memang tak boleh lari dengan mereka yang kacak jadi malang sebentar buat jejaka ini kerana wanita sekarang semakin bijak. ahaha. Memiliki rupa pastinya akan dilabel Kasanova dan terima lah seadanya yer. heh! Mendapat label sebegini sememangnya indah bukan tapi jangan lupa, anda kasanova pastinya pasangan anda bakal mengikuti jejak yang sama.

4.Lelaki Kacak Banyak Alasan
Kalau perempuan terkenal dengan bebelan manja, lelaki kacak pula tak kurang hebatnya memberi 1001 alasan. ahaha. Alasan dicipta untuk melepaskan diri tetapi tatkala lelaki kacak mengeluarkan perkataan ajaib, perempuan boleh terlentok sehinggakan tak sedar air liur meleleh keluar tetapi yang peliknya perempuan masih lagi menerima alasan tanpa banyak persoalan. Tetapi semakin hari taktik sebegini cuma menjelikkan dan hanya helah lapuk untuk memikat mereka.haha.Jadi,guys,sila lah berubah sekiranya semua ini ada pada diri anda yer..